NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM menyebelahi Zahid, kenyataan Azam Baki mengelirukan rakyat

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pengumuman Zahid Hamidi berhubung sumbangan kepada belia Terengganu adalah sogokan kepada pengundi menjelang PRN.



PETALING JAYA: PAS membidas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang masih membisu berhubung pengumuman Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mengenai pelbagai sumbangan dan geran kepada belia Terengganu, Jumaat lalu.

Timbalan Presidennya Tuan Man Tuan Ibrahim berkata tindakan presiden Umno itu jelas satu sogokan kepada pengundi yang mengharapkan balasan undi daripada beliau negeri berkenaan.

“Walaupun pelbagai pihak meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam pelbagai platform media sosial di atas ucapan tersebut, nampaknya SPRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Tindakan memberi pelbagai geran dan sumbangan kewangan dengan syarat mengundi BN/PH jelas satu rasuah menjelang pilihanraya negeri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas pengumuman Zahid pada Jumaat yang meluluskan RM250,000 kepada Majlis Belia Terengganu, selain RM200,000 bagi kelab bermotosikal di negeri itu, sehari sebelum penamaan calon berlangsung semalam.

Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menggesa belia yang hadir pada majlis itu supaya mengundi “gelombang biru dan merah” pada PRN bulan depan.

Terengganu antara enam negeri diadakan PRN selain Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menuduh Zahid cuba “menormalkan rasuah” namun dinafikan Zahid.

Tuan Ibrahim mendakwa sikap SPRM itu berbeza apabila pantas memberi reaksi ketika pembangkang mengumumkan mahu menyediakan bas kepada penyokong untuk balik mengundi, baru-baru ini.

“Jauh beza dengan kenyataan segera terhadap tindakan pihak pembangkang.

“Sehingga menyediakan bas oleh kerajaan Kelantan untuk kemudahan pengundi pulang membuang undi, dengan tiada sebarang syarat sama ada mengundi sesiapa yang mereka suka dianggap satu kesalahan rasuah,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo