NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sikap tak ikhlas DAP punca MCA enggan bantu kempen PH, dakwa pemimpin

Kerjasama BN-PH hanya untuk membentuk kerajaan perpaduan pasca PRU15, bukan pakatan politik rasmi.


PETALING JAYA: Tidak dilibatkan secara rasmi dalam mesyuarat agihan kerusi dan ketidakikhlasan DAP, antara punca MCA enggan berkempen untuk calon Pakatan Harapan (PH) pada PRN, dedah seorang pemimpin kanannya.

Beliau yang enggan dinamakan berkata MCA kecewa kerana rundingan pengagihan 245 kerusi DUN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu hanya membabitkan Pakatan Harapan (PH) dengan Presiden Umno Zahid Hamidi.

“Perbincangan itu tanpa membabitkan ketua parti komponen BN (MCA dan MIC),” katanya yang turut mendakwa gabungan BN-PH bukan pakatan politik rasmi dan hanya bekerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan pasca PRU15.

Bercakap kepada FMT, pemimpin itu mendakwa perbincangan yang terhad dengan individu tertentu sahaja menunjukkan sikap tidak ikhlas untuk bekerjasama.

Menurutnya, sikap tidak ikhlas itu terserlah apabila DAP sejak sebelum rundingan bermula menyatakan mereka mahu mempertahankan semua kerusi dimenanginya pada PRU14.

“Kenapa kita nak diperalatkan lagi untuk memperkasakan DAP dalam kempen PH, DAP dari awal cakap siapa menang itu kerusi mereka…tiada semangat berpasukan ditunjukkan mereka,” katanya sambil menafikan MCA hanya ingin bertanding di kerusi selamat yang majoritinya disandang PH.

Beliau berkata, keadaan itu boleh diubah jika PH khususnya DAP mengubah sikapnya dan tidak lagi mementingkan diri sendiri.

“Setakat ini kita fokus bantu BN tetapi bukan kempen PH,” katanya.

Pemimpin itu mengulas laporan sebuah portal bahawa BN pada mesyuarat Dewan Tertingginya semalam menghormati pendirian dua komponennya, MCA dan MIC untuk tidak turun berkempen bagi calon PH pada PRN 12 Ogos depan.

FMT menghubungi MIC untuk mendapatkan maklum balas.

Pada 5 Julai lalu, MCA dan MIC mengumumkan tidak bertanding pada PRN di enam negeri untuk memfokuskan kepada usaha mengukuhkan parti menjelang PRU16.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo