Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang yang juga Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yakin PH kembali berkuasa di negeri itu tetapi dengan jumlah kerusi yang kurang. |
Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang membatalkan acara untuk menggesa jawatan ketua menteri negeri itu hanya milik orang Cina yang dijadualkan hari ini.
Keputusan itu dibuat selepas beberapa jam DAP menamakan Chow Kon Yeow sebagai calon untuk jawatan itu sekali lagi selepas pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
“Memandangkan kami baru sahaja menerima pengumuman oleh setiausaha agung DAP bahawa jawatankuasa pemilihan pusat sebulat suara memutuskan untuk terus menyokong Chow Kon Yeow untuk menjadi KM Pulau Pinang seterusnya, kami dengan ini memaklumkan bahawa jemputan untuk hadir… pada 14 /7 pada 10 pagi di PCTH dengan ini dibatalkan,” kata pertubuhan itu, lapor MalaysiaNow.
Semalam pertubuhan yang mewakili kepentingan perniagaan Cina di Pulau Pinang itu menjemput media untuk menghadiri sidang akhbar bertajuk ‘Sokong Kesinambungan Ketua Menteri Cina Pulau Pinang’.
“Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga hak dan kepentingan masyarakat Cina di Pulau Pinang,” katanya.
Gesaan itu berlaku di tengah-tengah perdebatan berterusan susulan amaran Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kepada pengundi Pulau Pinang mengenai ‘gelombang hijau’ akan menafikan hak beragama orang bukan Islam jika ia berkuasa di negeri itu.
Malah Ahli Parlimen itu menyentuh soal perobohan tokong Buddha di negeri itu jika ‘gelombang hijau’ yang merujuk kepada Perikatan Nasional (PN) berkuasa selepas PRN nanti.
“Kami adalah rakyat Pulau Pinang, bukan Wu Sangui,” Lim dipetik sebagai berkata oleh China Press pada 7 Julai yang merujuk kepada seorang jeneral Cina purba yang mengkhianati Dinasti Ming dengan membiarkan tentera Manchu menakluk China.
Malam tadi, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata pemimpin parti sebulat suara menyokong Chow untuk kekal sebagai ketua menteri.
Beliau berkata langkah itu turut disokong oleh Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh dan Naib Pengerusi dap, M Kulasegaran.
Pulau Pinang yang dianggap sebagai kubu kuat DAP adalah salah satu daripada enam negeri yang akan mengadakan PRN pada 12 Ogos.
Sejak merdeka, Pulau Pinang mempunyai lima ketua menteri yang kesemuanya adalah daripada kaum Cina.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment