NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siapa Beri Tauliah Laksamana Pertama (K) Kepada Sanusi?

Aku baru tahu wei, rupanya pangkat kehormat yang diberikan kepada Sanusi buka pangkat free. Rupanya dia memang layak untuk pangkat tu. 

Bila Menteri Dalam Negeri cadang untuk lucutkan jawatan Sanusi, aku terfikirlah juga, boleh ker suka-suka pakaikan, suka-suka lucutkan. Aku pun call kawan aku kat TLDM. 

Camni penjelasan dia, Laksamana Pertama (K) TLDM tu ditauliahkan oleh KDYMM Yang DiPertuan Agong pada 2021. Istiadat Pemakaian Pangkat tu dibuat oleh YAB Dato Seri Ismail Sabri dan Panglima Tentera Laut ketika itu. 

Asas kpd pemilihan Sanusi utk menerima Laksamana Pertama (K) TLDM tu adalah kerana Sanusi telah menjalani kursus Pegawai Kadet selama 3 tahun bersama Pasukan Pegawai Simpanan (PALAPES) TLDM sewaktu di USM dan telah ditauliahkan pangkat Left Muda PSSTLDM oleh KDYMM Yang DiPertuan Agong pada 1997. Kebanyakan siri latihan itu dijalankan di Cawangan Latihan Pegawai KD Pelandok dari 1994-1997.

Kemudian Sanusi menyertai KD Sri Pinang sebagai Pegawai Kerahan dan menjadi jurulatih PSSTLDM di situ.

Haaa, gempak kan. Bukan calang-calang Sanusi ni. Dia power dan true soldier wei. Jadi bagi yang pandai-pandai pertikai dia dan suruh lucutkan pangkat dia, aku cadang kita buat pertandingan tembak ayam dengan Sanusi. Tengok sapa menang. 

Satu lagi aku nak bagitau mempertikaikan pangkat Laksamana Pertama (K) TLDM itu adalah sama dengan mempertikaikan kebijaksanaan dan budibiacara YDP Agong yang memberikan tauliah tersebut. 

Bukankah itu juga satu penghinaan kepada institusi Raja? Mana Fahmi Fadzil? Hantarlah radio car. Ke tak berani? 

Nurul Islam Mohamed Yusoff
( Hide )
  1. menteri kdn nih ada power ker keatas tentera?
    setahu aku yg tentera nih tak tertakluk dibawah kementerian mana2 pun, dan menteri pertahanan tu cuma sejadar penyelaras sahaja, tak lebih dari itu.
    Dalam carta organisasi negara yg diatas tu Kydm Agong dan majlis raja2, pastu dibawah mereka tu adalah pm.
    dikiri pm adalah ketua pegawai keselanatan kerajaan mesia dan dikanan adalah boss tentera.
    yg menariknya dlm carta tu dua2 mereka ni dalam petak carta ada garis terus pada kdym Agong dan tak ader menteri diatas mereka cuma ada line setara dgn petak pm, itu saja.

    dibawah line petak mereka yg tiga nih baru ada petak tpm tampa sayap kiri dan kanan dan dibawah tu tersusun pula petak2 menteri2 yg dibawah mereka ada timbalan2 , dan dibawah menteri2 tu ada petak ketua setiausaha kementerian masing2 dan dibawahnya ada lah aper2 jabatan yg berkait contohnya polis dibawah petak ketua setiausaha kementerian dalam negeri ada petak kpn.
    dan dibawah menteri pertahanan ader la ketua setiausaha kementerian pertahanan tapi tiada petak boss tentera dibawah mereka sebab boss tentera berada satu level dgn pm dan ader line terus berkomunikasi dengan kdymm Agong. jadi kabinet takbada sebarang kuasa terhadap tentera sebab tentera berada direct bawah Agong yg kalau dilihat dari situ hatta pm pun tidak boleh berwenang dengan tentera.

    peace.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo