NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selesa ‘Makan Gaji’, Ruang Ekonomi Negara Dikawal Warga Asing



MELAKA, 04 Julai 2023 – Mentaliti rakyat Malaysia yang selesa bekerja ‘makan gaji’ mengakibatkan hampir semua ruang ekonomi negara kini dikawal warga asing, kata Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia, Profesor Dr Ahmad Ismail.

Setakat April 2023, Statistik Tenaga Buruh Malaysia mendedahkan, seramai 12.28 juta penduduk Malaysia selesa bekerja makan gaji dan hanya 2.92 juta orang sahaja memilih untuk bekerja sendiri.

Ujar Dr Ahmad, warga asing berani membuka perniagaan sendiri dan mampu hidup di negara ini sedangkan warganegara kita hanya menunggu kerja dan menjadi penganggur yang hingga kini mencecah seramai 586,900 orang.

Laporan juga menyebut, kadar pengangguran di kalangan belia berumur 15 hingga 30 tahun mencatatkan jumlah 441,000 orang, manakala penganggur tidak aktif atau mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia turut mencatatkan seramai 115,100 orang.

Tegas beliau, rakyat Malaysia perlu mengubah cara pemikiran untuk memperoleh pendapatan iaitu tidak hanya bergantung kepada peluang pekerjaan di pasaran semata-mata. Sebaliknya, rakyat Malaysia harus kreatif dan bijak mencari peluang dalam perniagaan.

Jelas beliau lagi, di era perkembangan teknologi kini, banyak peluang perniagaan boleh dimanfaatkan dan bukannya menjadi mangsa teknologi sedia ada.

Pada masa sama, Dr Ahmad mencadangkan agar sistem pendidikan negara perlu ada pendekatan keusahawanan seperti bidang pertanian, penternakan, pertukangan, perkhidmatan dan perniagaan demi melahirkan lebih ramai pengusaha kreatif, inovatif dan kompetitif.


Sumber I Samudera.my



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo