KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Selangor belum membuat sebarang keputusan untuk meningkatkan tarif air di negeri itu.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, tarif air adalah dasar yang memerlukan kelulusan pentadbiran negara.
Lagipun, fokus utama pentadbiran negeri itu untuk menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat.
Pada masa sama, Kerajaan Selangor komited memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan bekalan kepada lebih 8.4 juta penduduk Lembah Klang dan Putrajaya diperkukuhkan.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan tarif air pengguna domestik di Selangor dijangka dinaikkan tahun ini bagi menampung kos operasi dan perbelanjaan modal.
pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abas Abdullah berkata, semakan semula tarif perlu dilaksanakan pada “kadar berpatutan” selepas 17 tahun tiada sebarang kenaikan dikenakan.
Beliau mebambah, pihaknya berharap pelarasan tarif air domestik dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi memastikan keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan dapat dicapai.
Tahun lalu Air Selangor mencatatkan pendapatan RM2.45 bilion, peningkatan 12.38% daripada RM2.18 bilion yang direkodkan tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, katanya, peningkatan pendapatan ini masih tidak dapat menampung kos operasi dan perbelanjaan modal dan akan memberi impak kepada pengurusan operasi jangka masa panjang Air Selangor. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment