NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sekatan pengundi muda, UUM batal notis tangguh peperiksaan



Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menuntut pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) menjelaskan soal penarikan semula notis penangguhan tarikh peperiksaan yang berlangsung pada hari mengundi, 12 Ogos ini.

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mengkritik tindakan penarikan keputusan penangguhan itu sebagai tidak wajar.

“Pada awalnya, difahamkan pihak UUM telah menangguhkan peperiksaan bagi memberi ruang kepada mahasiswa untuk balik mengundi (rujuk Notis 1). Tindakan ini wajar dipuji.

“Walau bagaimanapun, keluar notis kedua yang menyatakan peperiksaan diteruskan pada hari mengundi, kekal seperti jadual asal. Ini sangat tidak wajar!

“Difahamkan, ada mahasiswa yang telah membeli tiket pengangkutan awam untuk balik menunaikan tugas mengundi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Enam negeri dijadualkan mengundi pada 12 Ogos ini yang diadakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Dalam kenyataan sama, Afnan mempertikaikan tindakan UUM itu dengan melontarkan beberapa pertanyaan kepada universiti awam itu.

“Mengapa ada dua notis yang berbeza? Notis yang kedua membatalkan notis yang pertama. Adakah ada arahan ‘tertentu’ daripada sang penguasa?

“Mengapa menafikan hak mahasiswa untuk keluar atau balik mengundi?  Adakah tindakan ini bertentangan dengan Akta Pilihan Raya yang menghalang pengundi keluar mengundi?,” tanyanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo