NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya tiada kuasa eksekutif, MBI ialah ‘Separate Entity’



YAN: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah sehingga mengetahui seluruh perjalanan operasi projek. 

Ini termasuk kedudukan dua warga China yang dibawa masuk ke negara ini oleh MBI Kedah untuk melakukan kerja meneroka unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik seperti dipersoal Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

"Saya tidak ada maklumat. MBI tu 'separate entity' (badan berasingan). Saya pun tak ada kuasa eksekutif kepada MBI. Dia ada akta. Ada artikel dalam enakmen penubuhan MBI itu diasingkan daripada MB (menteri besar). 

"Hanya perkara-perkara yang dibawa kepada lembaga penasihat. Dia tidak ada lembaga pengarah. Dia ada panel penasihat. Saya tubuh panel penasihat itu untuk kita pantaulah jugalah apa-apa yang takut sensitif untuk dan pengurusan bawa kepada panel," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Geran dan Lesen Pendudukan Sementara bagi Daerah Yan di Guar Chempedak, hari ini. 

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata panel penasihat itu terdiri daripada beliau sendiri, Setiausaha Kerajaan Negeri; Penasihat Undang-Undang, Pegawai Kewangan Negeri serta Pengarah Jabatan Perhutanan dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG).

Sebelum ini, Saifuddin menyatakan mahu mengetahui daripada mulut Muhammad Sanusi sendiri tentang status dan keberadaan dua lelaki warga China iaitu So Loi Fat dan Huang Zhiyi yang ditawarkan bekerja dengan MBI.

Kata beliau, apa yang didedahkan itu hanyalah permulaan kepada siri pendedahan lain berhubung kecurian REE di negeri Kedah.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, kenyataan Saifuddin itu seolah-oleh mahu melonggokkan apa sahaja kesalahan di atas 'kepalanya'. 

"Cuma cubaan menteri itulah (Saifuddin) saya tahu cubaan yang baik tapi gagal. Dialah duk menyamakan MB itu dengan MBI. 

"Ada percubaan untuk membina naratif yang apa saja kesalahan nak dilonggok atas kepala MB. Saya malas nak jawab pasal dia mengarut. Operasi sekecil-kecilnya suruh kita jawab. Saya mana tahu. Saya jaga negeri. Kita bukan jaga MBI," katanya.





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo