NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya tak lari, Hulu Kelang kerusi utama saya, kata Azmin



PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional Selangor Azmin Ali menepis dakwaan beliau beliau lari daripada DUN Bukit Antarabangsa ke DUN Hulu Kelang.

Azmin yang juga bekas menteri besar Selangor itu mengingatkan bahawa beliau pernah menjadi wakil rakyat Hulu Kelang pada 1999, malah ia terletak dalam Parlimen Gombak yang juga pernah diwakilinya selama tiga penggal.

“Saya nak tegaskan Hulu Kelang kerusi utama saya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon PN Selangor bagi PRN akan datang.

“Jadi tidak timbul saya lari, sebagai pemimpin kita harus bersedia.”

DUN Hulu Kelang merupakan kerusi majoriti Melayu yang dimenangi dan dipertahankan aktivitis reformasi dan pemimpin Amanah, Saari Sungib, selama tiga penggal berturut-turut.

Beliau yang memenangi DUN Hulu Kelang atas tiket PAS mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi itu pada PRN akan datang, kerana masalah kesihatan.

Pada PRU15, Azmin gagal mempertahankan Parlimen Gombak yang disandang selama tiga penggal, di tangan Menteri Besar Amirudin Shari.

BERITA LANJUT MENYUSUL


Sumber I FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo