NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya sendiri undur, bekas Adun Dengkil yakin Jamil Salleh adalah pilihan terbaik



PETALING JAYA: Bekas Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah menafikan beliau tidak dicalonkan Perikatan Nasional (PN) pada PRN kerana terpalit dakwaan penyalahgunaan dadah tiga tahun lalu.

Bekas ketua Pemuda Bersatu Selangor itu sebaliknya berkata, beliau sendiri menyatakan hasrat berundur kepada Presiden Muhyiddin Yassin, kerana mahu memberi tumpuan kepada anak dan ibunya yang kurang sihat.

Menurutnya, kes berlaku Januari 2020 itu telah selesai dan diklasifikasikan tiada tindakan lanjut selepas ujian mendapati beliau tidak mengambil sebarang bahan terlarang.

“Cuma saya nak fokus kepada keluarga sebab anak tak berapa sihat, mak pun tak berapa sihat jadi tanggungjawab itu berat bagi saya.

“Tan Sri (Muhyiddin) pada mulanya berat dan tak setuju, tetapi lepas saya terangkan situasi saya beliau izinkan (berundur),” katanya kepada FMT.

Misi mempertahankan Dengkil untuk PN akan digalas bekas ketua setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Jamil Salleh yang diumumkan Muhyiddin malam tadi.

Bersara daripada perkhidmatan awam empat tahun lalu, Jamil menggantikan Adhif yang menang di DUN Dengkil dengan majoriti 6,934 undi pada PRU14.

Adhif berharap pengalaman Jamil memimpin kementerian besar seperti KPDNHEP mampu memberi kelebihan kepada parti untuk mengekalkan kemenangan di DUN berkenaan.

“Beliau bekas penjawat awam dan faham bagaimana proses pentadbiran berjalan. Saya yakin beliau mampu galas tanggungjawab berat menjaga hampir 100,000 pengundi Dengkil,” katanya yang akan membantu kempen parti pada PRN bulan depan.

“Ini kampung saya, tempat membesar dan bekerja, saya takkan berhenti membantu parti dan rakyat di kawasan ini.”

Beliau tidak menolak akan kembali ke arena politik pada PRU16, selain merancang melanjutkan pelajaran dalam tempoh “berehat” itu.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo