NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya bersama PN kerana mahu parti Melayu perintah Selangor, kata Noh Omar

KAPAR: Bekas ketua Umno Selangor Noh Omar berkata beliau berkempen untuk Perikatan Nasional (PN) kerana mahu negeri itu diperintah oleh parti Melayu.

“Sejak awal penglibatan saya dalam politik dengan Umno, saya sentiasa mahu memastikan parti Melayu memerintah Selangor dan memastikan Pakatan Harapan kekal sebagai pembangkang,” kata Noh dalam ceramah di Kapar.

Katanya, ada lebih 33 DUN di Selangor yang mempunyai lebih 60% pengundi Melayu dan sekiranya semua mereka turun dan mengundi, PN boleh membentuk kerajaan di negeri itu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo