NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Satu kehilangan besar negara, Jasa Salahuddin sentiasa dikenang PAS



PETALING JAYA: Pemergian Salahuddin Ayub merupakan kehilangan besar kepada negara, kata PAS.

PAS dalam hantaran di Twitter, PAS Pusat berkata walaupun berbeza perjuangan, namun jasa serta sumbangan Allahyarham dalam PAS sebelum ini sentiasa dikenang.

“Pemergian ini pastinya menjadi satu kehilangan besar buat negara.

“Meskipun berbeza wadah perjuangan, jasa serta sumbangan beliau dalam PAS akan sentiasa dikenang,” katanya dalam hantaran itu.

Hantaran itu turut mendoakan kesejahteraan dan keampunan kepada Allahyarham.

Salahuddin pernah menjadi naib presiden PAS sebelum menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup menyertai Amanah.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS dan Perikatan Nasional (PN), Sanusi Nor, turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Salahuddin.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya yang juga menteri besar Kedah.

Dalam pada itu, kehilangan Salahuddin disifatkan kehilangan besar kepada Johor, kata bekas menteri pengangkutan Wee Ka Siong.

Katanya, jasa dan khidmat baktinya pasti akan dikenang selamanya.

“Segala jasa dan khidmat bakti beliau kepada masyarakat serta negara pasti dikenang sampai bila-bila.

“Pemergian Allahyarham yang juga Ahli Parlimen Pulai merupakan satu kehilangan besar kepada masyarakat khususnya di negeri Johor,” katanya di Facebook.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo