Setelah diteliti berita kes rasuah MBI Kedah dengan nilai RM13 juta akan segera dapat menangkap objektif dan tujuan tersirat bahawa ia bermotifkan politik dengan sebab musim pilihanraya.
Malah jalan cerita kes rasuah ini begitu sangat mirip dengan dua kes yang pernah berlaku sebelum ini. Berikut ialah tujuan atau objektif kes rasuah yang direka
OBJEKTIF
1. Mewujudkan persepsi tidak baik kepada pihak lawan
2. Memastikan persepsi disokong dengan fakta-fakta shahih tetapi diselewengkan
3. Merosakkan imej dan reputasi pihak lawan
4. Walaupun melibatkan penggunaan undang-undang namun tidak sampai kepada pihak lawan dikenakan tindakan atau hukuman
5. Memastikan orang ramai percaya kepada persepsi melalui fakta-fakta yang sentiasa diulang-ulang
RUKUN FITNAH KES RASUAH
Berikut pula ialah 5 RUKUN FITNAH model modus operandi Fitnah Kes Rasuah.
Rukun Kes Rasuah (Rekaan Untuk Dipercayai)
1. Nilai Rasuah
2. Perasuah
3. Penerima rasuah
4. Sebab rasuah
5. Gambar tertuduh berbaju oren bergari
KES 1 : FITNAH KE ATAS TSKI
Kes rasuah dan salahguna kuasa Tan Sri Khalid Ibrahim telah direka pada 2014 berikutan Khalid Ibrahim enggan mengosongkan kerusi MB untuk diserahkan kepada Anwar melalui Langkah Kajang.
Namun pada 2015 kes selesai apabila Saifuddin bersetuju untuk memohon maaf kepada TSKI sekaligus membuktikan TSKI tidak bersalah dan pertuduhan ke atas TSKI adalah bermotifkan politik semata-mata.
KES 2 : FITNAH BEKAS ADUN PAS
Pada 2018 pada ketika PH menjadi kerajaan di Selangor berlaku PRK Seri Setia di mana berlaku pertandingan 2 penjuru. Calon PAS Dr Halimah berpeluang cerah untuk mengalahkan mengalahkan calon PH iaitu Halimey Abu Bakar. Namun di tengah kehangatan kempen PRK tiba-tiba berita penangkapan bekas ADUN PAS atas tuduhan rasuah RM50,000 dilakukan oleh SPRM siap dengan berita menunjukkan suspek berbaju oren dan bergari.
Kesan daripada peristiwa itu telah menjejaskan peluang PAS untuk menang di DUN Seri Setia dengan kekalahan tipis. Namun apa yang mengejutkan ialah tertuduh tidak dipanggil untuk siasatan lanjut setelah selesai PRK malah dua tahun setelah itu SPRM memaklumkan tiada apa-apa pendakwaan. Ini memberi maksud bahawa penangkapan itu berlaku semata-mata bermotifkan politik dengan tujuan menimbulkan persepsi jahat terhadap PAS.
HASIL OBJEKTIF KES
Objektif bagi kedua-dua berjaya DICAPAI dengan cemerlangnya. Kes TSKI, PH hanya mohon maaf di mahkamah sahaja walhal objektif menjatuhkan kawan sendiri daripada jawatan Menteri Besar berjaya dicapai. Mahkamah putuskan TSKI tidak bersalah.
Manakala kes bekas ADUN PAS pula, PH berjaya memenangi PRK kalahkan PAS. PH hanya diamkan diri sahaja biarkan kes terbiar sehinggalah PAS merujuk SPRM dan disahkan tiada pendakwaan.
Begitulah PH yang tidak sedikit pun insaf menganiaya lawan dengan fitnah. Tiada pertimbangan dosa dan neraka apabila matlamat duniawi menang dalam politik lebih diutamakan.
KES MBI-REE
Terbaru ialah kes rasuah melibatkan MBI Kedah dengan nilai wang RM13 juta. Sanusi sebelum itu pernah melaporkan bahawa MBI mempunyai akaun di luar negara yang bernilai RM13 juta. Tidak mustahil transaksi wang yang sama sengaja dimanipulasi, malah SPRM sendiri tidak pula membuat apa-apa kenyataan pertuduhan mengaitkan dengan RM13 juta.
Oleh kerana PRN yang semakin hampir maka suspek CEO MBI dan seorang lagi pemilik syarikat dipakaikan baju oren dengan tangan bergari. Ini sangat mengejutkan kerana pihak SPRM sendiri belum membuat apa-apa ulasan mengenai rasuah MBI tetapi CEO MBI telah ditangkap, dipakaikan baju oren dan tangan digari bagi menimbulkan persepsi rakyat bahawa pesalah telah ditangkap.
DISKRIMINASI KES
Lim Guan Eng yang terbabit dengan salahguna kuasa dan rasuah sebanyak 3 kali (banglo, terowong, asrama pekerja) pun tidak pernah dipakaikan baju oren, begitu juga siasatan RM97 juta ke atas Sivakumar Menteri Sumber Manusia bersama 5 pegawainya terus sepi tanpa berita, tidak pula terpampang mana-mana suspek dengan baju oren.
Kini SPRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa Sanusi akan dipanggil bagi membantu siasatan. Namun kali ini Sanusi mungkin tidak dipakaikan baju oren bagi mengelakkan cetusan Tsunami Rakyat yang lebih menggila. Tidak mustahil sasaran diluaskan kepada ahli keluarga dan sahabat Sanusi. Begitupun kes ini akan dijadikan bahan modal terbaik untuk PH-BN gunakan dalam kempen PRN nanti.
Ditulis oleh
Abu Fateh
Aloq Staq
................................
No comments
Post a Comment