NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sanusi terbuka, sedia disiasat SPRM kes berkaitan nadir bumi

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan bahawa beliau bersikap terbuka dan bersedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Sik.

Muhammad Sanusi bagaimanapun menegaskan bahawa setakat ini belum menerima sebarang makluman daripada agensi terlibat sebaliknya mengetahui berita siasatan tersebut melalui akhbar.

“Saya belum dikunjungi oleh SPRM lagi. Saya baca kenyataan di akhbar rupanya akhbar sudah mendahului proses. Saya pun hairan juga macam mana tajuk itu boleh keluar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Sempena Maal Hijrah di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, SPRM membuka kertas siasatan berhubung penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan isu perlombongan REE di Sik.

Ia berikutan perlombongan bahan berkenaan dipercayai dilakukan secara tidak sah serta menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, kata Muhammad Sanusi, pihaknya tidak menolak kemungkinan dakwaan terbaharu itu adalah satu plot yang besar sedang dirancang untuk memburukkan imejnya.

“Untuk memberi gambaran bahawa saya ini orang yang bermasalah, disiasat oleh macam-macam agensi tetapi sebenarnya benda itu tak berlaku. 

“Saya difahamkan SPRM menyiasat MBI (Perbadanan Menteri Besar), bukan MB (Menteri Besar). Saya MB yang dia kata siasat itu, MBI. Ini, ‘I MB’. Jadi macam mana berita keluar dulu sebelum proses berlaku. Tentulah ada agenda-agenda tertentu untuk memberi gambaran MB kena selesailah,” katanya.

Beliau pada masa sama turut menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan kes kecurian REE di Hutan Simpan Bukit Enggang tersebut termasuk berkaitan kemasukan pekerja asing.

“Satu-satunya perkara yang ‘dibrainstorm’  untuk mengaitkan salah laku di Kedah ini adalah REE. Kalau saya tahu orang curi tentulah saya tangkap. Nama pun kecurian tentulah orang tak tahu kan?

“Tak akan saya nak curi barang di negeri saya sendiri lebih baik saya curi di negeri lain. Itulah naratif yang sedang dibina, keluar saja tajuk kelmarin itu saya tahu dah. Proses tak berlaku tapi perintah keluar. Pasal apa? Tentu ada sesuatu. Saya harap benda-benda ni dapat dihentikan kerana Allah SWT akan menggagalkan semua rancangan jahat  ini,” katanya. –UTUSAN


( Hide )
  1. SPRM & Polis pun kena siasat jugak sapudin & rafigay yg terima duit rasuah drp jutawan sgpore john soh utk jatuhkan tski rm24juta tu. Jangan buat diam aje. Kena bgkit juga la dlm masa Pilihanraya
    6PRN ni.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo