NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sanusi seorang pun tak boleh ‘handle’ – Pemerhati politik

Calon Perikatan Nasional (PN) N24 Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir bagi menyerahkan borang penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) di Pejabat Daerah Dan Tanah Sik, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 29 JULAI 2023.


KUALA LUMPUR – “Satu Sanusi pun korang tak berjaya handle?,” dakwa pemerhati politik, Lim Sian See.

Menurutnya, berbeza dengan ‘Bossku’ yang boleh mengawal serangan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Syed Saddiq dan Lim Guan Eng dengan amat berjayanya.

Keupayaan Najib itu membolehkan UMNO bebas untuk membina semula kekuatan ketika itu biarpun ramai yang menyorok diri dan membisu, katanya.

Semalam, Muhammad Sanusi mendakwa beliau yakin akan menerima ‘serangan’ yang sangat padat sepanjang tempoh berkempen pilihan raya negeri (PRN).

Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah itu berikrar akan terus menjawab segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya sebaik mungkin.

Malah, menurut beliau, kedudukannya tidak akan tergugat walaupun pelbagai kontroversi sedang melanda dirinya.

Pada PRN kali ini, Muhammad Sanusi akan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri dan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.

Semalam, Khuzi berkata, beliau akan menjadi terkenal sekiranya penyandang Sanusi tewas di kawasan berkenaan.

Sanusi berkata, sepanjang kempen PRN ini beliau akan berdepan dengan pelbagai serangan.

“Saya rasa orang pun faham dah… seranglah apa pun, kalau saya boleh jawab saya jawablah, kalau tidak saya serah pada Allah.

Baru-baru ini, Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini atas dua tuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lalu.

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara, di sini jam 11 malam pada 11 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Perenggan 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 [Akta 15] yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo