NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sanusi dakwa rancangan tangkap, jejas kredibilitinya bermula sejak 6 bulan lalu

story-image

Menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa rancangan untuk menangkapnya dan menjejaskan kredibilitinya sudah bermula sejak enam bulan lalu.

Sanusi membuat dakwaan itu berdasarkan maklumat yang diberikan rakannya, yang memberi amaran tindakan akan diambil susulan kritikan terbukanya terhadap pihak-pihak tertentu.

"Plot untuk tangkap saya sudah dirancang sejak enam bulan lalu, saya tahu dah, saya ada 'inteligent' saya, jumpa orang tu pesan jaga-jaga ada orang nak buat (sesuatu) kepada saya.

"Untuk keselamatan, saya ada pistol dalam kereta 24 jam, ada dua kelopak, 14 peluru satu kelopak, 24 jam berjaga-jaga takut orang buat jahat, orang tak buat jahat saya tak buat jahat pada orang.

"Sudah enam bulan kawan-kawan pesan, yang penting tangkap gari saya, jatuhkan moral dan hilang kredibiliti, selepas itu ceramah orang tak dengar lagi kerana saya sudah dimalukan dengan tangkapan," katanya ketia berucap di sebuah ceramah PN di Kuala Ketil, Kedah semalam, seperti dipetik Berita Harian.

ketika berucap pada Ceramah Gelombang Perikatan Nasional (PN) di Padang Awam Kuala Ketil di sini, malam tadi.

Pada 18 Julai lalu, Sanusi ditahan dan dihadapkan dengan dua pertuduhan di bawah Akta Hasuan 1948, berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan dalam satu ceramah politik.

"...Cerca dan singgung Raja, itu nasib kamulah. Jadi, yang buat laporan polis Dewan Diraja Selangor. Bolehkah Dewan Diraja Selangor membuat laporan polis tanpa perkenaan Sultan? Tidak.

"Kemudian pesuruhjaya PAS Selangor pergi jumpa Sultan Selangor minta ampun. Tuanku titah kes belum selesai. Maka, ketua polis negara buat kenyataan, dia (Sanusi) ditangkap dan didakwa," kata Anwar.

Sementara itu, Sanusi turut mendakwa dia tidak menerima salinan kertas pertuduhannya daripada pihak pendakwaan selepas didakwa di mahkamah.

"Saya hormat rakan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), jangan salahkan polis kerana mereka jalankan tugas atas arahan atasan sampai ke menteri, mereka terpaksa. Tujuan ditangkap untuk menjatuhkan kredibiliti saya, nak tarik saya jatuh ke tanah.

"Saya didakwa atas dua tuduhan, tetapi kertas pertuduhan tidak diberikan, saya hanya dibacakan dan saya mengaku tak salah, pendakwaraya kata kena beli dalam talian, tapi kemudian kertas pertuduhan jadi viral, tujuan untuk memalukan saya," katanya lagi.

Sabit kesalahan, Sanusi boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo