NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Sanusi baru didakwa, belum didapati bersalah,” Ahmad Fadhli bidas Saifuddin

KETUA Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari membidas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas mengesyorkan gelaran Laksamana Pertama (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diberikan kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilucutkan.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas menegaskan. Setiausaha Agung PKR itu sewajarnya tidak membuat kecoh dengan mendesak Menteri Besar Kedah itu dilucutkan pangkat kehormatnya sedangkan Sanusi belum didapati bersalah.

“Kecoh benar dia suruh lucut pangkat kehormat,” katanya di Facebook menurut laporan Utusantv.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli dalam pada itu meminta Saifuddin Nasution membandingkan kes dihadapi Muhammad Sanusi dengan seorang anggota jemaah menteri Kerajaan Perpaduan.

Sindir beliau, pemimpin itu bukan sahaja sudah didakwa dengan 47 kes di mahkamah dan diperintah membela diri, malah anggota Kabinet tersebut diberikan jawatan nombor dua tertinggi dalam kerajaan.

“Orang ini (Muhammad Sanusi) baru didakwa di mahkamah, belum pun diperintah bela diri, jauh lagi didapati bersalah.

“Yang seorang lagi sudah didakwa 47 kes, sudah diminta bela diri, molek2 je kau bagi dia jawatan, no dua paling tinggi pulak tu..

“Ish ish tatakelaut!,” tambahnya.

Media hari ini melaporkan Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri mengesyorkan gelaran Laksamana Pertama (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diberikan kepada Muhammad Sanusi Md Nor dilucutkan.

Hal itu kerana Muhammad Sanusi didakwa mengina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo