NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sanjeevan dilantik sebagai Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu baharu



Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan dilantik sebagai Ketua Penerangan Sayap Bersekutu (Penaja) yang baharu berkuat kuasa sejak 9 Jun lepas.

Pelantikan aktivis berpengaruh itu diumumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menyerahkan watikah yang turut dihadiri Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada majlis penyerahan baru-baru ini.

Sanjeevan yang merupakan bekas Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) menjadi pilihan Sayap Bersekutu parti dalam memperjuangkan secara lantang isu-isu berkait rapat dengan rakyat di negara ini ketika negara berada di ambang politik ‘terumbang ambing’.

“Surat rasmi sudah ditandatangani kepimpinan parti beberapa hari lepas. Saya ucapkan terima kasih atas pelantikan ini dan kepercayaan parti terhadap saya.

“Saya akan memegang amanah ini dengan sebaiknya terutamanya ketika kita sedang berada dalam situasi politik yang tidak begitu menentu, rakyat pula yang merana serta keliru dengan pelbagai tohmahan, fitnah semakin berleluasa ketika ini,” katanya dipetik laporan Malaysia Gazette.

Selain Sanjeevan, seramai tujuh lagi telah dilantik termasuk Datuk Goh Gaik Meng telah dilantik sebagai Ketua Sayap Bersekutu Negeri Selangor.

Sebelum ini, Sayap Bersekutu ‘panas’ apabila wujudnya dakwaan berlaku pemecatan ahli namun Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris menafikan wujudnya sebarang pergolakan dalaman sehingga berlakunya insiden pemecatan dalam Jawatankuasa Penaja Sayap Bersekutu parti itu.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo