1. Sebelum pilihanraya umum ke-15, Pakatan Harapan menjanjikan untuk banteras segala bentuk salah guna kuasa oleh mana-mana pihak. Namun dalam masa beberapa bulan sahaja, kita menyaksikan beberapa tindakan salah guna kuasa oleh Menteri kabinet.
2. Pertama Menteri Dalam Negeri YB Dato Seri Saifuddin Nasution dalam satu ceramah bertempat di Alor Setar telah secara terbuka menjanjikan kepada pemimpin PHBN untuk meluluskan permit ceramah serta merta. Sedangkan meluluskan permit ceramah adalah dibawah bidang kuasa OCPD. Apakah YB Menteri akan mengarahkan OCPD untuk meluluskan semua permit dipohon PHUMNO?
3. Selain itu, isu campurtangan Menteri KDN yang “overrule” keputusan Pendaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dalam isu usul penangguhan pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO juga melihatkan ianya satu tindakan salah guna kuasa demi kepentingan politik PHUMNO.
4. Kedua Menteri Komunikasi dan Digital YB Fahmi Fadzil pada 26 Julai 2023 dalam sesi live TikTok telah mengugut netizen yang mengkritiknya dengan ugutan mahu menghantar “radio car” ke rumah mereka.
5. Fahmi Fadzil juga sebelum ini pernah mengunakan kedudukannya sebagai Menteri dan memanggil wakil TikTok di Malaysia. Tindakan ini dilihat kerana TikTok merupakan kubu kuat Perikatan Nasional dalam media sosial.
6. Ketiga Menteri Perlancongan, Seni dan Budaya YB Dato Sri Tiong King Sing terlibatkan dengan insiden dengan Pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Menteri dikatakan telah hadir dan mengarahkan pegawai imigresen melepaskan seorang pelancong dari China yang telah dinafikan masuk ke negara kita.
7. Setelah tular, Menteri menuduh pihak Imigresen telah meminta rasuah daripada pelancong China itu. Perkara ini telah dinafikan oleh Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) yang menyifatkan dakwaan Menteri itu hanya mahu alih tumpuan Menteri yang telah ganggu tugas imigresen.
8. Keempat Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan YB Nga Kor Ming telah mengunakan kedudukannya sebagai Menteri dan mencampuri urusan dalam bidang tugas pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu yang mengeluarkan kompaun kepada pelanggan bukan Islam yang berpakaian kurang sopan.
9. Nga Kor Ming juga telah menuduh MPKB ghairah menguatkuasakan undang-undang sehingga melanggar batas perlembagaan. Sedangkan tindakan saman itu selaras dengan Seksyen 34(2)(b) Undang-Undang Kecil Pelesanan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB-BRI) 2019.
10. Apa yang menghairankan, tindakan Menteri-Menteri ini langsung tidak ditegur oleh PMX menyebabkan rakyat menjadi semakin meluat dengan tindak-tanduk pemimpin negara.
11. KDYMM Yang Di-Pertuan Agong pernah mengingatkan semua Ahli Parlimen ketika istiadat pembukaan Parlimen ke-15 mengenai pepatah melayu lama “jika kerbau dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada janjinya”.
12. Manusia jenis apakah yang tidak berpegang dengan janjinya kepada rakyat untuk menghapuskan salah guna kuasa, malah secara terbuka terlibat dengan salah guna kuasa.
13. Ini mengingatkan saya kepada pantun keramat YB Dato Ahmad Maslan
“Jika tuan pergi memancing,
Jangan lupa membawa umpan,
Jika tidak mahu kena kencing,
Jangan undi Pakatan Harapan.”
Nurul Islam Mohamed Yusoff
No comments
Post a Comment