Dari Hoi Keong, Teck Meng dan Lau untuk bertanding jawatan presiden Gerakan. |
KUALA LUMPUR - Tiga jawatan tertinggi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyaksikan persaingan empat penjuru bagi jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden menjelang pemilihan parti itu 15 Julai ini.
Jawatankuasa Penyelian Pemilihan Gerakan, Soo Kay Ping mengumumkan Jawatan presiden akan ditandingi penyandangnya Datuk Dr Dominic Lau; Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Lau Hoi Keong; Pengerusi Gerakan Melaka, Datuk Michael Gan dan Bekas Setiausaha agung parti itu, Datuk Liang Teck Meng.
Menurutnya, bagi jawatan timbalan presiden menyaksikan penyandangnya Oh Toh Keong bersaing mempertahankan jawatan itu dari setiausaha parti itu Mak Kah Keong; Timbalan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Kiew Hen Chong dan Prabagaran Vhytilinggam.
“Jawatan Naib Presiden ditandingi Pengerusi Gerakan Sabah, Datuk Alexander Lo Su Hyen, penyandang Baljit Singh Lingiri Singh; penyandang Naib Presiden, Ko Shiaw Lie dan Pengerusi Perhubungan Gerakan Negeri Sembilan, Lee Ban Fatt bagi merebut tiga kerusi yang dipertandingkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan di Menara Gerakan di sini pada Sabtu.
Jelasnya, bagi semua jawatan sayap parti berkenaan Pemuda dan Wanita diisytiharkan sebagai menang tanpa bertanding.
“Ini bermakna Chung Mun Sie dan Wong Chia Zen masing-masing kekal untuk jawatan ketua wanita pemuda dan ketua pemuda bersama bersama keseluruhan ahli jawatankuasa masing-masing.
“Untuk pemilihan jawatankuasa sebanyak 40 nama telah disahkan bertanding untuk mengisi kekosongan 18 jawatankuasa tertinggi parti itu,” ujarnya.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment