NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saingan 3 penjuru di DUN Paya Jaras, Kota Damansara

Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan tiada kertas penamaan ditolak bagi kedua-dua DUN itu.

SHAH ALAM: PRN bagi kerusi DUN Paya Jaras menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Khairuddin Othman, calon PAS Abdul Halim Tamuri dan calon Bebas Nurhaslinda Basri.

Manakala di kerusi DUN Kota Damansara pula, calon PKR Izuan Kasim Ahmad bakal dicabar oleh calon Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Razlan Jalaluddin serta calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Sivarajan Amurugam.

Nama-nama calon bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Paya Jaras Rahilah Rahmat di Dewan Kenanga Pejabat Daerah pada 10.10 pagi, manakala bagi DUN Kota Damansara pula diumumkan oleh pegawai Norazlina Yusof pada 10.20 pagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo