NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang

Antara penyokong yang menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah sebentar tadi. Gambar Facebook.


Selepas ditahan awal pagi tadi dan didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Selayang, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di Kedah sebentar tadi.

Kepulangan ADUN Jeneri itu disambut ribuan rakyat dan penyokong yang menanti ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, sebentar tadi.

Malah ada antara mereka yang membawa bendera Perikatan Nasional (PN) sebagai tanda solidariti menyambut kepulangan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu.

Sebaik beliau tiba, laungan takbir bergema beberapa kali malah ada juga penyokong yang menanti Muhammad Sanusi di sepanjang jalan keluar dari lapangan terbang tersebut sambil melambai kepada rombongan kenderaan yang membawa beliau.

Ada juga yang mengibarkan bendera PN serta jalur gemilang.

Sokongan terhadap Muhammad Sanusi tidak terhenti di situ, pelbagai kata-kata semangat diberikan kepadanya oleh warga net di media sosial.

Muhammad Sanusi ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara kira-kira jam 2.30 pagi oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan Bahagian Jenayah Gangsterim (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Muhammad Sanusi didakwa di dua Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini dengan dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan kerana mengkritik kerajaan campuran dan beliau mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.

Penahanannya itu dikritik pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen kerajaan yang menyifatkan ia tidak wajar memandangkan beliau bukan pelarian hingga perlu ditahan pada tengah malam untuk didakwa beberapa jam kemudian.

Malah penggunaan Akta Hasutan ke atasnya juga dikritik beberapa pihak malah mereka mengingatkan kerajaan hari ini tentang pendirian mereka yang membantah akta tersebut ketika menjadi pembangkang sebelum ini.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo