NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ribuan penunjuk perasaan Perancis ingkar larangan berhimpun

PARIS: Kira-kira 2,000 orang mengingkari larangan untuk menyertai perhimpunan bagi memperingati insiden kematian seorang lelaki kulit hitam dalam tahanan polis pada 2016.

Perarakan diadakan di seluruh Perancis itu bertujuan mengecam kekejaman polis ketika ketegangan memuncak selepas beberapa hari rusuhan melanda negara itu.

Berdasarkan laporan Kementerian Dalam Negeri, kira-kira 5,900 orang menyertai perarakan jalanan itu.

Tujuh tahun selepas kematian Adama Traore, kakak mangsa merancang  mengetuai perarakan memperingati itu di sebelah utara Paris di Persan dan Beaumont-sur-Oise.

Mahkamah pula memutuskan untuk tidak membenarkan perarakan itu atas alasan ia mungkin mengganggu ketenteraman awam selepas bimbang boleh mencetuskan semula pergolakan susulan kematian remaja Nahel M.

Dalam satu video dimuat naik di Twitter, kakak sulung mangsa, Assa Traore mengecam keputusan itu.

“Kerajaan membuat keputusan ibarat mencurah minyak ke dalam api dan tidak menghormati kematian adik saya,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Bagaimanapun, dia menyertai perhimpunan di Place de la Republique di tengah Paris.

“Kami berarak untuk golongan muda bagi mengecam keganasan polis. Mereka mahu menyembunyikan kematian (adik) kami.

“Mereka membenarkan perarakan neo-Nazi tetapi tidak menyekat kami daripada berhimpun.

“Perancis tidak memberi kita contoh moral yang baik. Polis bersikap rasis dan ganas,” katanya pada perhimpunan itu yang turut dihadiri beberapa Ahli Parlimen.

Sementara itu, polis berkata, perhimpunan Paris juga diharamkan atas alasan boleh mengganggu ketenteraman awam dan sabitan undang-undang dibuka terhadap Assa Traore kerana menganjurkan acara itu.

Kira-kira 30 demonstrasi yang menentang keganasan polis turut berlaku di seluruh Perancis, termasuk di bandar pelabuhan selatan Marseille dan di Strasbourg di timur.

Dilaporkan, Traore yang berusia 24 tahun meninggal dunia selepas penahanannya pada tahun 2016.

Insiden itu mencetuskan beberapa pergolakan yang berlaku sama seperti rusuhan selama seminggu tercetus di seluruh negara berikutan insiden tembakan ke atas Nahel. – AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo