GEORGE TOWN – Rejuvenasi DAP hanya alasan untuk menyembunyikan krisis dalaman parti itu khususnya di Pulau Pinang termasuk menyingkirkan penyokong Ketua Menteri, Chow Kon Yeow,” dakwa bBekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Prof P. Ramasamy
Beliau yang Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang berkata, selaku orang parti beliau menerima keputusan digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15).
Bagaimanapun, beliau menegaskan alasan yang diberikan pemimpin peringkat pusat DAP itu tidak masuk akal lebih kepada untuk menutup krisis dalaman parti serta menyingkirkan penyokong Kon Yeow.
“Semalam sebelum pengumuman calon, saya ada jumpa Setiausaha Agung, Anthony Loke dan Nga Kor Ming. Mereka memberi alasan peringkat pusat memutuskan untuk melaksanakan rejuvenasi membawa orang muda atau meremajakan parti untuk kekal relevan.
“Saya terima jika ia membabitkan calon seperti saya, Chong Eng (Pangkalan Kota) serta Phee Boon Poh (Sungai Puyu) yang mana rata-rata sudah berusia 60an hingga 70 an.
“Tetapi kenapa situasi sama dihadapi M. Satees (Bagan Dalam); Soon Lip Chee (Bagan Jermal) dan Yeoh Soon Hin (Paya Terubong)? Sedangkan mereka baru berusia 30an hingga 40an,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Mengulas lanjut Ramasamy berkata, pihaknya tidak menolak dakwaan masih wujud gerakan menjatuhkan Kon Yeow memandangkan rata-rata ADUN yang digugurkan itu pernah menyatakan sokongan terhadap ketua menteri.
“Ada usaha khususnya dalam DAP Pulau Pinang memberi peluang kepada mereka (calon) yang memihak kepada satu kumpulan lain.
“Kira ada isu kem dalam DAP di negeri ini,” katanya.
Semalam Anthony Loke mengumumkan 19 calon DAP yang akan bertanding pada PRN negeri itu dan mereka terdiri daripada 12 penyandang manakala tujuh calon muka baharu.
Tujuh penyandang yang telah digugurkan iaitu P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II (Perai); M. Satees (Bagan Dalam); Phee Boon Poh (Sungai Puyu); Soon Lip Chee (Bagan Jermal); Lee Chun Kit (Pulau Tikus); Chong Eng (Pangkalan Kota) dan Yeoh Soon Hin (Paya Terubong).
Manakala Lim Guan Eng kekal mempertahankan kerusinya di DUN Air Putih. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment