Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan ‘regim madanon’ yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lebih kejam daripada regim di zaman kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menteri Besar Kedah itu membuat perbandingan dengan kerajaan bekas Perdana Menteri sebelum ini ekoran tindakan kerajaan campuran yang menyalah guna kuasa untuk memberi tekanan kepada musuh politiknya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
“Tuan-tuan sekalian, dia guna agensi untuk menyiasat, untuk menangkap, diambil maklumat, dilontar ke tengah guna media masa, guna majlis ceramah, guna maklumat daripada agensi yang menyiasat, lontaran itu dia suruh kita jawab.
“Tuan-tuan gila ini semua mana kita tahu… Saya duk ingat rejim bawah Mahathir dulu cukup dah kejam. Tuan-tuan rejim madanon lebih kejam daripada rejim Mahathir… ini betul,” katanya semasa berucap pada majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRN Kedah.
Untuk rekod, Sanusi juga berdepan tindakan pihak berkuasa dan sudah didakwa sebelum ini di mahkamah hanya kerana ucapan semasa ceramahnya sebelum ini Selangor.
Selain itu, Sanusi juga mendakwa sedang disiasat pihak polis berhubung beberapa ucapan dalam ceramahnya selain disasarkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat isu berhubung perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.
Jelasnya lagi, Pakatan Harapan (PH) dan UMNO akan memainkan dua isu untuk menyerang PN di Kedah.
“Satu isu REE yang kedua isu litar lumba… Kedua-dua (isu) ini akan membawa rebah kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
“Litar itu dijanji oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini tapi tak jadi… Bila kita buat nak bagi jadi dihalang dengan siasatan demi siasatan… Ini kepala bapa punya kerajaan,” katanya lagi.
Menurut Sanusi, kempen kerajaan campuran pada PRN Kedah adalah cuba untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap PN kononnya tidak bersih walhal tidak ada satu kesalahan yang dapat dibuktikan oleh mereka setakat ini.
“… Bukan ada apa pun… Nak beri gambaran, nak beri persepsi, ada kesalahan besar telah berlaku.
“Sebab itulah ada tangkapan… Tuan-tuan sekalian ini semua penyalahgunaan agensi untuk menimbulkan persepsi bahawa kerajaan kita ini tidak bersih walhal tak ada satu kesalahan pun,” ujarnya lagi.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment