KUALA TERENGGANU - Insentif dan peruntukan yang diumumkan oleh kerajaan pusat tidak wajar dikaitkan dengan rasuah kerana persekutuan tidak terlibat dengan proses pilihan raya negeri.
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan pusat bukanlah kerajaan sementara serta tidak terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Terengganu.
"Tak ada masalah sebenarnya (untuk kerajaan pusat umum insentif dan bantuan). Saya nampak sekarang kerajaan persekutuan boleh berikan apa sahaja kerana mereka bukan 'caretaker'.
"Pusat tak sama macam enam negeri yang dibubarkan jadi tak ada masalah sekiranya insentif yang diumumkan itu bertujuan untuk menyelesaikan isu dan masalah dihadapi rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau projek Pasar Besar Kedai Payang, di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pemuda Pas Terengganu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu berkenaan pada Ahad.
Selain Pemuda Pas, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) turut membuat laporan polis pada Sabtu kerana mendakwa peruntukan itu mempunyai unsur sogokan.
Mengulas lanjut, Ahmad Razif yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir berkata, inisiatif dan pemberian geran seperti diumumkan Ahmad Zahid tidak memberi kesan pada PRN Ogos ini.
"Ia sebenarnya tak bagi apa-apa kesan pun kerana rakyat sudah memilih. Jadi jangan bimbanglah. Biasanya orang yang bimbang ni dia kurang confident (yakin) lah. Kalau confident apa takutnya," ujar beliau.
Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pemberian geran berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan RM250,000 Majlis Belia Malaysia (MBM) Terengganu.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment