ALOR SETAR – Rakyat Kedah rasa banyak perubahan telah dilakukan sejak pentadbiran Menteri Besar, Datuk Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor di negeri ini.
Malah calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu, Radhi Mat Din mendakwa kerajaan negeri menunaikan apa yang dijanjikan bukan menawarkan janji kosong.
“Perubahan negeri Kedah ini bermula dengan kita. Kita biasa di bawah pemerintahan setiap parti. Kali ini, kita telah merasa kepimpinan PN (Perikatan Nasional) di bawah MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi.
“Memang semua rakyat setuju bahawa perubahan dapat dirasai semasa MB Sanusi memerintah.
“Prihatin PN bukan sekadar janji harga minyak turun. Ini janji yang ditunaikan,” katanya yang juga bekas pemain bola sepak lagenda Hijau Kuning di sini hari ini.
Radhi akan berdepan satu lawan satu pada Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang menyaksikan pertembungan kali kedua bagi mereka.
Sebelum ini mereka pernah bertentang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 di Parlimen Pokok Sena yang memihak kepada Mahfuz. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment