Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau. |
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) perlu dihentikan kerana rakyat sudah pun cukup terbeban sekarang, gesa Parti Gerakan.
Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) agar tidak menaikkan kadar faedah itu sekali lagi kerana ia memberi beban kepada rakyat dan operasi perniagaan.
“Kenaikan OPR akan menjejaskan pelbagai kadar faedah, seperti kadar deposit, pinjaman, kadar bon dan lain-lain lagi.
“Kumpulan B40 dan M40 juga akan terkesan dengan kenaikan OPR kerana kedua-dua kumpulan pendapatan ini menduduki 80 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.
“Kini, mereka masih menghadapi masalah kewangan dan ekonomi.” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut Perangkaan Bulanan Malaysia terkini, kadar inflasi keseluruhan Malaysia semakin turun dan mencapai 2.8 peratus pada Mei.
Penurunan ini sebahagian besarnya disebabkan Indeks Harga Pengguna (IHP) bukan teras, terutama bahan api (turun 0.2 peratus) dan makanan (turun 0.1 peratus) serta inflasi teras juga turun kepada 3.5 peratus (daripada 3.6 peratus pada bulan April).
“Kini tiada sebab dan keperluan untuk menaikkan OPR dan BNM tidak sepatutnya menaikkan lagi OPR untuk mengelakkan pengaliran keluar modal, menstabilkan kadar pertukaran dan menarik pelabur untuk memegang mata wang Malaysia berikutan kejatuhan mendadak nilai ringgit baru-baru ini,” katanya lagi.
Beliau berkata, walaupun langkah itu boleh menghalang mata wang Malaysia daripada terus jatuh tetapi ia juga memberi kesan buruk kepada ekonomi.
Sehubungan itu, tambahnya, BNM perlu mempertimbangkan semula keputusan sekiranya berlaku kenaikan dan harus mengutamakan kebajikan rakyat selain mengekalkan kadar pertukaran.
Untuk rekod, pengumuman kadar OPR pada 3 peratus yang diumumkan BNM pada Mei lalu merupakan kenaikan kali kelima sejak Mei 2022.
Pada Mei tahun lalu, kadar OPR naik 2.0 peratus, diikuti Julai 2.25 peratus, September naik kepada 2.50 peratus dan November kepada 2.75 peratus.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment