NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Punithan tidak tanding PRN, fokus kepada Jawatankuasa Nasional Masyarakat India PN

Punithan bersama Hamzah pada mesyuarat sulung Jawatankuasa Khas Masyarakat India baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Nasional Masyarakat India Perikatan Nasional (PN), P. Punithan dijangka tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos ini.

Punithan berkata, beliau akan memberi tumpuan kepada peranan baharu iaitu menjadi suara kepada komuniti menerusi  Jawatankuasa Nasional Masyarakat India Perikatan Nasional yang akan diperluaskan ke seluruh negara.

“Ada agenda jauh lebih penting dan perlu diberikan fokus,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Pada bulan lalu, Punithan melepaskan jawatan Ketua Pemuda MIC Cawangan Bandar Baru Batang Berjuntai selepas tiga hari selepas Naib Presiden MIC, Datuk Sivaraj Chandran mengumumkan peletakan jawatan.

Punithan dikatakan menerima tawaran untuk menyertai Jawatankuasa Nasional Masyarakat India PN yang dikemudi Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Baru-baru ini dalam satu temuramah dengan sebuah akhbar harian Tamil, Hamzah mendedahkan PN akan mengetengahkan lebih banyak gplongan muda India yang mana ia merupakan antara objektif penubuhan jawatankuasa tersebut. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo