NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek perumahan terbesar dibangunkan di Marang

Ahmad Samsuri (tengah) melihat pelan pembangunan perumahan bercampur di atas tanah berkeluasan 19 hektar di Kampung Alor Limbat, di Marang.



MARANG - Pembinaan sebanyak 564 unit perumahan bercampur di atas tanah berkeluasan 19 hektar di Kampung Alor Limbat di sini, disifatkan antara projek perumahan terbesar yang akan dibangunkan di daerah itu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek dianggarkan bernilai RM120 juta itu akan dibangunkan syarikat pemaju perumahan kerajaan negeri, Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd (Koperat) dengan usaha sama Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) selaku pemilik tanah.

"Sebanyak 50 peratus daripada pembinaan adalah merangkumi pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) jenis A, RMM jenis B, rumah teres jenis C, rumah berkembar satu tingkat dan rumah kedai dua tingkat.

"Perumahan ini dibangunkan bersama kemudahan infrastruktur termasuk tangki air menara, loji rawatan kumbahan, pencawang TNB (Tenaga Nasional Berhad), taman permainan dan pembesaran jalan masuk," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek perumahan bercampur di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, pembangunan kediaman itu adalah satu usaha bagi menggerakkan ekonomi di kawasan berdekatan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu.

Katanya, kerajaan negeri juga dalam usaha memperkembangkan inisiatif pembangunan perumahan rakyat dengan menyasarkan pembinaan sejumlah 20,000 unit rumah.

Sementara itu, Pengerusi Koperat, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pembangunan projek ini bukan sahaja bagi memenuhi permintaan terhadap rumah yang dibangunkan secara sistematik, ia dijangka dapat menyumbang kepada pembangunan sosial ekonomi penduduk setempat.

Berdasarkan rekod, Koperat telah mencatatkan prestasi kewangan cemerlang dengan pendapatan dari RM9,946,766 pada 2018, meningkat sesekali ganda kepada RM18,582,018 pada tahun lalu.


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo