NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: Selangor penentu kedudukan Kerajaan Perpaduan - Zuraida



SHAH ALAM – Bekas Presiden Parti Bangsa Malaysia, Datuk Zuraida Kamaruddin menyifatkan Selangor akan menjadi penentu terhadap kedudukan Kerajaan Perpaduan selepas pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyokong Perikatan Nasional (PN) itu berkata, seandainya PN berjaya merampas Selangor dalam PRN, ia akan melambangkan Kerajaan Persekutuan juga akan jatuh tidak lama lagi.

“Kalau Selangor (PN) menang, ramai lagi ahli Parlimen akan berani tunjuk muka mereka dan tidak percaya lagi kepada kerajaan hari ini di Putrajaya.

“Saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan sangat tertekan, menggelabah juga kerana DAP ada 40 kerusi yang akan kawal beliau.

"Sebab itu beliau Perdana Menteri yang lemah sekarang (kerana) tunduk dengan DAP,” dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Bangsa Tanah Aku, Dulu, Kini Ke Hadapan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Proklamasi Orang Melayu di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini pada Sabtu.

Program itu menyaksikan Zuraida bersama bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed dan bekas Setiausaha Proklamasi Orang Melayu, Datuk Marzuki Yahya menjadi moderator bersama.

Berikutan itu, Zuraida yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang menegaskan, PN perlu memilih calon yang hebat di mata pengundi di Selangor untuk merampas negeri itu.

Menurutnya, kriteria itu penting bagi membolehkan pengundi dari awal mempunyai pilihan pemimpin yang akan membentuk kerajaan.

“Calon-calon PN perlu lebih terbuka dan kena letak calon hebat serta bersedia untuk menjadi kerajaan.

"Baru (nanti) rakyat Selangor rasa calon dipilih mampu buat kerja dan tidak macam pemimpin kerajaan sekarang yang terhuyung-hayang naik basikal dan sebagainya," ujarya.

Kata beliau, PN perlu memikirkan barisan calon yang tidak mengira parti sama ada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Jelasnya, pencalonan juga harus turut terbuka kepada mereka yang tidak berparti.


Sumber I Sinar Harian 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo