Tidak mustahil amalan korup yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor semasa era penguasaan UMNO-Barisan Nasional (BN) sebelum 2008 akan kembali berulang semula.
Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan UMNO akan memberi peluang kepada parti yang sebelum ini tinggal nyawa-nyawa ikan di Selangor itu mendapat nafas baharu untuk meneruskan hidup mereka.
Selepas tiga penggal menjadi pembangkang di negeri yang pesat membangun itu, kini UMNO-BN berpeluang untuk berada dalam kerajaan negeri semula bersama rakan politik baharu PKR, DAP dan Amanah, sudah semestinya banyak boleh dilakukan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Peluang terhidang untuk pemimpin UMNO mendapat jawatan dan lantikan politik dalam anak syarikat kerajaan negeri, menang atau kalah sudah pasti imbuhan menanti mereka selepas berakhir PRN nanti.
Jika PH tertubuh kerajaan negeri bersama UMNO, pelbagai tuntutan akan dibuat dalam rundingan untuk membentuk kerajaan negeri dan situasi sama di peringkat pusat akan menjadi rujukan untuk diambil contoh paling terdekat.
Di peringkat pusat, PH terpaksa merelakan lantikan seorang Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO yang berdepan puluhan pertuduhan kes di mahkamah dan UMNO juga diberikan keutamaan untuk membuat lantikan politik yang banyak.
Lihat apa yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, walaupun UMNO mempunyai kerusi paling kecil dalam kerajaan pusat tetapi banyak pemimpin mereka yang menerima habuan apabila diberikan jawatan dalam pelbagai agensi di bawah kementerian yang menterinya UMNO.
Pemimpin UMNO dilantik untuk menjadi pengerusi dalam agensi berkanun kerajaan, ironinya PH yang sebelum ini berjanji tidak akan membuat lantikan politik akhirnya terpaksa juga menerima budaya yang selama ini sinonim dengan UMNO secara terbuka itu.
Lihat bagaimana UMNO mudah memanipulasi PH untuk mengikut rentak mereka dan memastikan setiap perkara dilakukan tanpa ada sebarang bantahan, akhirnya sekarang PH sendiri sudah mengikut budaya yang dibawa UMNO dalam corak pentadbiran mereka.
Perkara sama akan berlaku dalam kerajaan negeri Selangor kelak apabila UMNO membentuk kerajaan bersama PH nanti, ia secara tidak langsung juga akan membuka pintu kepada budaya dan amalan korup yang lama kembali dipraktikkan.
Sebelum ini seorang pemimpin DAP semasa ucapannya di Selangor menyifatkan kerjasama dengan UMNO sebagai satu ‘pakatan korup’ dan kemenangan PH dalam PRN Selangor bakal menyaksikan kepada permulaan sebuah kerajaan negeri yang korup akan berkuasa semula.
Adakah pengundi Selangor sudah melupakan sejarah Menteri Besar daripada UMNO sebelum ini yang berdepan pendakwaan kes rasuah sehingga dijatuhkan hukuman penjara?
Pengundi Selangor perlu mengelak rizab negeri yang berbilion jatuh ke tangan yang salah dan langkah mengundi PH yang kini sudah bersama UMNO berisiko akan menyebabkan kembalinya amalan korup kembali berleluasa selepas ini.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment