HULU TERENGGANU – Seramai 49,660 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan mereka akan mengundi pada hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 8 Ogos depan.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, sebanyak 54 pusat pengundian awal ATM telah diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di enam negeri terlibat.
“Seramai 38,926 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia serta pasangan meraka akan terlibat mengundi awal manakala Tentera Udara Diraja Malaysia pula (9,725 orang) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (1,009 orang).
“Kita harap proses pengundian awal itu nanti berjalan lancar bagi membolehkan setiap pegawai dan anggota berkenaan menunaikan tanggungjawab serta hak sebagai pengundi,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Peduli Veteran peringkat Terengganu di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir di sini hari ini.
Sebelum ini, SPR telah menetapkan hari penamaan calon dan pengundian PRN di Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing pada 29 Julai dan 12 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE
No comments
Post a Comment