Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata tiada masalah beri jawatan kepada UMNO jika calon mereka menang PRN nanti. |
Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang menyaksikan UMNO hanya akan bertanding enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan selebihnya ditandingi parti komponen, Pakatan Harapan (PH).
Kerusi ditandingi UMNO di Pulau Pinang dilihat jauh lebih kecil berbanding DAP yang mengesahkan akan bertanding 19 kerusi yang disandang wakil rakyatnya sebelum ini.
Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir mengesahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRN Ogos ini.
“Setakat ini, enam kerusi sah UMNO bertanding di Pulau Pinang iaitu kita akan pertahankan dua kerusi di DUN Permatang Berangan dan DUN Sungai Dua di Parlimen Tasek Gelugor seterusnya bertanding di DUN Penaga dan DUN Bertam di Parlimen Kepala Batas.
“Selain itu, kami juga akan bertanding di DUN Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal dan DUN Teluk Bahang di Balik Pulau iaitu satu-satunya kerusi untuk UMNO di bahagian pulau,” katanya dipetik laporan berita Bernama.
Beliau berkata ketika ini UMNO Pulau Pinang sedang mengumpul nama-nama calon yang akan bertanding pada PRN nanti sebelum beliau sendiri menyerahkan nama mereka kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih.
Dalam pada itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula mengesahkan mereka kekal bertanding di 19 kerusi seperti ditandingi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Sejumlah 12 daripadanya terletak di bahagian pulau iaitu Tanjong Bunga, Air Putih, Pulau Tikus, Padang Kota, Pengkalan Kota, Komtar, Datuk Keramat, Sungai Pinang, Batu Lanchang, Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong.
Tujuh lagi kerusi DUN iaitu Sungai Puyu, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Berapit, Padang Lalang, Perai, Jawi di Seberang Perai dengan semua 19 kerusi yang ditandingi dimenangi parti itu pada PRU-14.
“Sebenarnya apabila kita melihat sendiri pada masa kita mahu diadakan serentak (pilihan raya) Parlimen dan DUN sebab jika diadakan berasingan andaian pada masa itu Perikatan Nasional (PN) akan menjadi kerajaan pusat.
“Tetapi sebaliknya berlaku PH menjadi Kerajaan Pusat dan boleh menjadi sedikit kelebihan kepada kita dan sudahpun nampak (kelebihan) kelulusan (dalam) segi impak peranan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri,” katanya dipetik laporan BH.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment