Chong Eng antara Exco Pulau Pinang yang digugurkan pada PRN kali ini. |
ADUN DAP Pulau Pinang kesal apabila tidak dicalonkan partinya untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, bulan depan.
Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Chong Eng berkata keputusan parti itu adalah titik perubahan dalam karier politi yang diceburinya sejak 1995.
“Saya kesal kerana saya tidak bertanding dalam PRN kali ini. Ini adalah titik perubahan bagi saya dalam karier politik saya sejak 1995 sebagai pembangkang tunggal di DUN Pulau Pinang ketika itu.
“Saya masih sihat dan anak-anak saya sudah besar di mana saya ada banyak masa dan tenaga untuk berkhidmat dan menyumbang. Inilah alasan kenapa wanita berbeza dengan lelaki.
“Wanita perlu jaga keluarga apabila anak-anak masih kecil. Wanita berdepan kekangan dalam karier tidak seperti lelaki,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Selain Chong, beberapa Exco Pulau Pinang lain turut digugurkan pada pilihan raya negeri kali ini termasuk Yeoh Soon Hin yang memegang portfolio Pelancongan dan Ekonomi Kreatif.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Chong digugurkan kerana sudah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri selama dua penggal dan sebelum itu sudah menjadi ahli Parlimen beberapa kali.
Dalam pada itu, Chong yang juga ADUN Padang Lalang berkata beliau kesal tidak dapat meneruskan perancangan yang telah dirangka di bawah portfolionya untuk membantu golongan wanita dan kanak-kanak.
“Portfolio saya di bawah pembangunan sosial sudah ada pelan lima tahun untuk bantu Wanita terutama Kawasan luar bandar. Dengan meluaskan keupayaan ekonomi mereka, ia akan meningkatkan pendapatan isi rumah untuk anak-anak belajar lebih tinggi.
“Tidak dapat teruskan usaha ini, ia kekal tidak lengkap pada saya dan ini kekesalan paling dalam saya,” katanya.
Namun katanya, meski kecewa, mereka perlu fokus kepada kemenangan pada PRN ini.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment