NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: PN pertaruh 50% muka baharu di Kelantan



PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) Kelantan akan mempertaruhkan 50% calon muka baharu pada PRN Ogos depan, kata Setiausaha Badan Perhubungan PN negeri, Wan Roslan Wan Hamat.

Menurutnya, pengumuman calon dari pelbagai latar belakang itu akan dibuat pada 27 Julai ini.

“Badan Perhubungan PN Kelantan sudah selesai membuat tapisan senarai calon yang mana sebanyak 39 kerusi DUN akan ditandingi PAS, manakala enam kerusi lagi untuk Bersatu.

“Satu lagi kerusi belum diputuskan sama ada di DUN Kuala Balah atau Bukit Bunga, juga dalam Parlimen Jeli,” katanya dalam sidang media khas yang disiarkan di Facebook PN Kelantan.

Ketika ditanya berkaitan kriteria pemilihan calon PAS, Wan Roslan berkata parti itu mementingkan individu yang berimej bersih serta personaliti calon yang terbaik.

“Berkenaan dengan calon wanita, kita akan pastikan jumlahnya kekal seperti sedia ada dan berkemungkinan lebih daripada jumlah itu bergantung kepada pengumuman nanti,” katanya.

Sementara itu, Wan Roslan memaklumkan PN Kelantan akan melancarkan manifesto mereka pada 31 Julai depan.

“Kita akan membuat tawaran pelbagai program baharu kepada rakyat Kelantan, sebab kita dah tadbir selama 33 tahun,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo