NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: PH nafi Tengku Zafrul calon di Paya Jaras



Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak dicalonkan kerajaan campuran di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras, kata Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha PH Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyangkal laporan berita yang menyebut pencalonan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu.

“Itu laporan media, saya pun tidak tahu media dari mana (membuat laporan tidak tepat),” katanya, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan kemungkinan Tengku Zafrul diletakkan sebagai calon di kerusi DUN Paya Jaras yang dimenangi Khairuddin pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata telah berhubung dengan pimpinan BN dan PH dalam satu Mesyuarat Perpaduan Selangor berkait perkara itu.

“Saya diberitahu pimpinan BN bahawa perkara itu tidak benar dan PKR kekal bertanding di kerusi ini,”katanya yang memperoleh 20,376 undi menewaskan calon BN dan PAS dengan majoriti 12,072 undi.

BN yang diwakili Datuk Zein Isma meraih 8,304 undi dan calon PAS, Hanafi Zulkapli pula mendapat 6,042 undi.


Sumber I Agenda W



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo