NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Negeri Sembilan: Pemuda Amanah sedia letak calon bebas lawan UMNO di DUN Kota



Pergaduhan sesama parti dalam kerajaan campuran nampaknya masih belum reda, terbaharu Pemuda Parti Amanah Negeri Sembilan tidak menolak akan meletak calon bebas untuk menentang UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota.

Naib Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Ahmad Shukri Kamaruddin berkata sedia meletak calon bebas bagi melawan UMNO di kerusi itu jika tuntutan untuk meletak Ketua Pemuda Amanah Rembau, Muhammad Allif Ibrahim agar diberi laluan disitu tidak dilayan pemimpin atasan Pakatan Harapan (PH)-UMNO.

Menurutnya, Pemuda Amanah negeri akan terus mendesak kepimpinan di peringkat negeri untuk diberikan peluang bertanding selagi belum berakhir hari penamaan calon esok.

“Sekiranya itu masih tidak berjaya, kita tak tolak kemungkinan untuk bertanding sebagai calon bebas kerana sudah bersedia daripada segi segala segala aspek termasuklah kewangan dan kesediaan calon.

“Malah kita juga sudah ada jentera yang boleh digerakkan terus untuk bertanding,” katanya dipetik laporan Malaysia Gazette.

Mengulas lanjut, Ahmad Shukri berkata, sayap parti itu juga bersedia dikenakan tindakan disiplin oleh parti kerana menentang calon UMNO yang merupakan rakan dalam PH.

“Namun saya yakin kalau parti ingin mengambil tindakan disiplin, parti akan menilai dari segala aspek kenapa langkah ini diambil, apakah justifikasinya dan kami bersedia untuk menghadapinya,” katanya lagi.

Ditanya adakah tindakan itu bermakna mereka akan memboikot kempen calon BN di kerusi itu termasuk DUN lain, Ahmad Shukri berkata, isu itu tidak timbul.

“Tak ada isu boikot terhadap calon-calon lain malah kami di peringkat Pemuda Perpaduan mempunyai hubungan yang sangat baik terutama dengan Pemuda UMNO, DAP dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

“Kita sudah sampai kata sepakat untuk terus saling bekerjasama dan setakat hari ini walaupun kita ingin bertanding di DUN Kota ia tidak menjejaskan hubungan di peringkat kepimpinan tertinggi Pemuda Perpaduan Negeri Sembilan,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo