Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bakal menyaksikan MCA buat kali pertama dalam sejarah tidak akan meletakan calon mereka bertanding.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata keputusan untuk tidak meletak calon di enam negeri dibuat selepas parti itu mengadakan mesyuaratnya hari ini dan perbincangan secara mendalam dibuat mengambil kira senario politik semasa.
“Jawatankuasa Pusat MCA dalam mesyuaratnya hari ini telah mengambil keputusan untuk tidak bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Keputusan ini dicapai selepas perbincangan secara mendalam dan analisis, serta mengambil kira situasi politik semasa, di mana parti akan melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula. Dalam tempoh ini, MCA akan lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU-16),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Sin Woon berkata MCA akan membantu calon parti komponen Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh berkempen PRN nanti.
“Dalam masa sama, MCA akan memainkan peranan sebagai parti komponen BN di mana kami akan membantu calon-calon parti komponen BN di dalam PRN 6 negeri ini kelak.
“Ditegaskan bahawa MCA berpegang teguh kepada falsafah penubuhan parti kami, iaitu mana-mana keputusan yang diambil parti haruslah selari dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesederhanaan, kebebasan dan demokrasi, di samping menjaga hak dan kepentingan rakyat sebagai agenda utama kami,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pelaksanaan PRN di enam negeri berkenaan adalah pada 12 Ogos, dengan hari penamaan calon pada 29 Julai.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment