Exco Pembangunan Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin digugurkan daripada menjadi calon bagi PRN Pulau Pinang. Gambar FB Yeoh Soon Hin |
Selepas ADUN DAP dari Selangor, Ean Yong Hian Wah ditawarkan jawatan dalam badan berkanun ekoran digugurkan daripada dicalonkan pada PRN, seorang lagi ADUN DAP kali ini dari Pulau Pinang yang digugurkan turut mendapat tawaran sama.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan akan mencadangkan ADUN Paya Terubong selama tiga penggal, Yeoh Soon Hin untuk dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) yang baharu.
“Saya ingin ambil kesempatan ini utk umumkan bahawa selaku menteri pengangkutan saya juga akan mencadangkan Yeoh selaku Pengerusi SPP,” katanya selepas membuat pengumuman senarai 19 calon DAP yang akan bertanding pada PRN Pulau Pinang, Ogos depan.
Loke mengumumkan Wong Ho Wai sebagai calon PH bagi mempertahankan kerusi DAP itu menggantikan Yeoh yang merupakan Exco Pembangunan Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Pulau Pinang.
Semalam, Loke mencadangkan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang selepas digugurkan daripada mempertahankan kerusi dimenangi tiga penggal itu sejak 2008.
Namun, Bersih menggesa Kementerian Pengangkutan mempertimbangkan cadangan itu dan berkata lantikan itu sepatutnya dilakukan berdasarkan merit dan bukannya atas faktor naungan politik.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment