Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata keputusan itu dibuat susulan jangkaan peningkatan kos pengangkutan yang terhad pada musim PRN. |
Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas kepada pelajar universiti untuk pulang mengundi pada pilihanraya negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata keputusan itu dibuat susulan jangkaan peningkatan kos pengangkutan yang terhad pada musim PRN.
“Perkhidmatan ini akan diuruskan oleh satu Jawatankuasa Khas diketua Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan dan diurusetiakan oleh Pejabat Pengarah Pembangunan Negeri.
“Tarikh bagi perjalanan balik bermula 6 hingga 11 Ogos dan tarikh kembali ke destinasi asal pada 13 hingga 15 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tegasnya, pelajar tidak terikat dengan apa juga syarat pada PRN nanti.
“Mahasiswa dan mahasiswi bebas menggunakan hak mereka untuk memilih mana-mana calon atau parti politik yang bertanding tanpa terikat dengan apa jua syarat.
“Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meringankan beban mahasiswa, mahasiswi dan para ibu bapa,” katanya.
Jelasnya, keputusan yang dicapai melalui Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 21 Jun lalu itu merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu pelajar universiti menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih tanpa dinafikan hanya kerana tekanan ekonomi serta kos sara hidup.
“Penglibatan mahasiswa dan mahasiswa sebagai pemilih dalam pilihan raya memberi impak yang sangat besar dalam membina negara melalui pentas demokrasi.
“Justeru, hak mereka sebagai pemilih tidak boleh dinafikan hanya disebabkan tekanan ekonomi dan kos sara hidup,” katanya.
Untuk keterangan lanjut, hubungi Pejabat Pengarah Pembangunan Negeri melalui talian 09-7481180.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment