NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: Kekangan kewangan, calon PN guna duit sendiri



Perikatan Nasional (PN) Selangor akui kekangan kewangan antara cabaran utama dihadapi 56 calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.

Namun menurut Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, perkara itu tidak membantutkan semangat gabungan itu untuk meneruskan perjuangan dalam misi merampas negeri Selangor kali ini.

“Memang kewangan menjadi kekangan besar, akaun Bersatu dibeku oleh kerajaan entah berapa lama.

“Sepatutnya kalau parti politik nak siasat lama pun…selepas siasat bagilah peluang mereka menguruskan duit mereka.

“Kita dalam bajet yang terhad, PAS antara parti tidak banyak duit tapi kita percaya bukan duit menjadi keutamaan, mana kewangan yang ada kita gerakan,” katanya pada sidang media PN Selangor di Shah Alam, hari ini, lapor Awani.

Beliau berkata, selain menggunakan duit calon sendiri, PN turut mendapat sokongan daripada rakyat.

“Calon gunakan dana sendiri biar rakyat Selangor tahu, kita bertanding atas kewangan sendiri lawan parti yang menggunakan segala banyak kemudahan dan kepentingan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata PN menawarkan calon-calon yang bersih dan berintegriti tinggi untuk menerajui negeri Selangor sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos nanti.

“Calon PN tiada kluster mahkamah, tiada kluster yang keluar penjara, semuanya bebas. Kita harapkan rakyat Selangor, kita dah berikan yang terbaik, untuk beri khidmat terbaik kepada rakyat Selangor.

“Berilah kepercayaan dan peluang, ini bukan pertama kali, kita pernah jadi kerajaan negeri sebelum ini, rakyat telah menilai dan ini peluang terbaik untuk rakyat buatkan perubahan bentuk Selangor baharu untuk PN,” katanya lagi.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo