NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: BN Kelantan senarai 80% muka baharu, lebih separuh golongan muda

Ketua Penerangan Umno Kelantan Zawawi Othman, berkata senarai calon untuk dipertimbangkan bertanding di 31 DUN Kelantan sudah dihantar kepada pucuk pimpinan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Kelantan menyenaraikan hampir 80% muka baharu daripada 155 nama untuk dicalon pada PRN, kata ketua penerangan Umno negeri, Zawawi Othman.

Katanya, daripada keseluruhan nama itu, lebih separuh terdiri daripada golongan muda.

“Senarai nama-nama sudah pun dihantar melibatkan lima bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya menurut Sinar Harian.

Media sebelum ini melaporkan, BN bertanding di 31 kerusi, manakala 14 kerusi ditandingi Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, Zawawi berkata, turut dihantar lapan nama calon wanita untuk dipertimbangkan dan keputusan memilih bergantung kepada kepimpinan pusat.

Beliau dalam pada itu, mengharapkan rakyat Kelantan mengundi calon parti itu pada PRN, sekali gus dapat mengukuhkan gabungan BN serta Pakatan Harapan (PH).

“Selain memikul tugas semak dan imbang, kami mampu menjadi satu gabungan yang kuat dalam membawa suara rakyat,” katanya.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo