NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: Belum pun gendang dipalu, Polis Selangor terima 15 laporan berkaitan kerosakan kain rentang, bendera parti politik

PETALING JAYA: Sebanyak 15 laporan diterima membabitkan kerosakan kain rentang serta bendera parti politik setakat ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak enam kertas siasatan dibuka.

“Daripada 15 laporan diterima, kita telah buka enam kertas siasatan. Antara kawasan yang terlibat adalah Subang Jaya, Kuala Selangor, Klang dan Gombak.

“Lima kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan manakala satu kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” jelasnya di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak mengambil tindakan sedemikian agar keadaan PRN berjalan dalam keadaan harmoni dan aman.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya ada pihak yang mengganggu ketenteraman awam,” tegasnya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau memaklumkan sebanyak 37 jalan akan ditutup bagi memberi laluan sempena penamaan calon yang akan berlangsung pada 29 Julai ini. 

“Penutupan 37 jalan merangkumi 12 daerah bermula pukul 6 pagi sehingga 12 tengah hari.

“Jalan akan dibuka semula sebaik sahaja selesai penamaan calon nanti,” katanya. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo