NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: Anwar sindir ramalan Tun M, sudah hilang deposit mimpi nak menang PRN



DUNGUN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meramalkan Perikatan Nasional (PN) akan menang mudah 5-1 dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

“Hari ini dia kata (Dr Mahathir), mereka (PN) akan menang lima daripada enam negeri. Sudahlah itu tekaan dia. Masa dia bertanding di Langkawi dia kata (boleh) menang besar (tetapi) bila ada keputusan dia hilang deposit.

“Apa makna hilang deposit? Maknanya undi kecil sekali dan sekarang dia kata (PN) akan menang. (Jadi) belajarlah daripada pengalaman dia, dia kata menang besar (tetapi keputusannya) dia hilang deposit.

“Insya-ALLAH kejutan akan berlaku dalam PRN kali ini,” katanya ketika berucap merasmikan Program Sentuhan Kasih Desa Terengganu di Kompleks Sukan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Seri Ahmad Said dan pimpinan tertinggi lain.

Dr Mahathir pada Jumaat berkata, PN diramal akan menang mudah 5-1 dalam PRN pada 12 Ogos ini.

Jelas Dr Mahathir gabungan itu mempunyai potensi baik untuk mengekalkan kuasa di Kelantan, Terengganu, Kedah dan merampas Selangor serta Negeri Sembilan namun tidak dapat menembusi Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, apa sahaja keputusan yang berlaku pada PRN kali ini juga tidak akan menjejaskan Kerajaan Persekutuan.

Ini kerana katanya, kerajaan persekutuan ditentukan oleh ahli Parlimen, bukannya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Justeru, Anwar turut menempelak pihak yang memberi bayangan kerajaan persekutuan akan bertukar selepas PRN akan datang.

“Mimpi terus lepas PRN ini akan ubah kerajaan. Mana kitab (jadi rujukan pun) tidak tahu. Kalau kitab Perlembagaan Malaysia, kuasa tubuh kerajaan adalah daripada ahli Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo