NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: Amanah Negeri Sembilan berkeras tuntut kerusi DUN Lenggeng agar kekal relevan dalam politik Malaysia

MK Ibrahim (tiga dari kanan) pada sidang akhbar diadakan di Pejabat Amanah Negeri Sembilan.


SEREMBAN - Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan akan menuntut habis-habisan kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Lenggeng untuk diberikan kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri(PRN) bulan depan.

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman berkata, keputusan itu selari dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah pada 13 Julai lalu yang mengumumkan kerusi DUN terbabit yang telah dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kekal ditandingi parti itu termasuk dua DUN lain iaitu Paroi dan Klawang.

"Oleh itu keberadaan kerusi DUN Lenggeng yang telah kami menangi harus dipertahankan demi memastikan wujudnya keseimbangan dalam perwakilan rakyat di negeri ini.

"Malah hasrat itu bukan sahaja daripada kepimpinan Amanah Negeri Sembilan tetapi juga jentera parti di peringkat akar umbi," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Amanah Negeri Sembilan pada Rabu.

Menurutnya, pihaknya menegaskan tuntutan itu bukan bermakna Amanah mengenepikan kewibawaan rakan sekoalisi dalam Kerajaan Perpaduan.

Tambahnya, pihaknya mengakui usaha-usaha awal dalam membentuk Kerajaan Perpaduan seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

"Tapi kami tidak ingin Amanah diabaikan atau diperlekehkan terutamanya dalam hal melibatkan kerusi yang telah kami menangi dengan usaha gigih daripada jentera parti.

"Jadi kita sangat berharap Majlis Presiden akan bersama dengan keputusan kami ini," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan DUN pada PRN ini termasuk satu kerusi tambahan di Lenggeng.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selain Lenggeng, 16 kerusi berkenaan adalah kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU14 yang lalu manakala Pakatan Harapan (PH) 19 kerusi.

"Ia telah dipersetujui dan dicakapkan kepada saya oleh Pengerusi Kerajaan Perpaduan Majlis Presidennya iaitu Perdana Menteri bahawa beliau telah pun membuat keputusan iaitu kerusi DUN Lenggeng akan diberikan kepada kita.

"Tiada dakwa-dakwi lagi, itu sebabnya saya katakan bahawa keputusan Majlis Presiden itu muktamad. Siapa nak cakap apa cakaplah, melainkan jika ada orang cuba menelan semula dia punya janji," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bahagian Angkat Pilihan Raya Negeri Sembilan di Kuala Pilah baru-baru ini.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo