NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: Amanah hasrat tanding tiga kerusi DUN Terengganu

Amanah berhasrat untuk bertanding di tiga kerusi DUN iaitu di Tepuh, Batu Buruk dan Ru Rendang pada PRN Terengganu 12 Ogos ini. 


KUALA TERENGGANU - Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat untuk bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu pada 12 Ogos ini.

Setiausaha Amanah Terengganu, Muzahar Hitam berkata, keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Amanah Nasional dan Amanah Negeri Terengganu pada Selasa.

"Amanah berhasrat untuk bertanding di tiga kerusi DUN iaitu di Tepuh, Batu Buruk dan Ru Rendang.

"Amanah Terengganu juga bersedia dan sedang berusaha untuk bertanding di kerusi DUN Bandar bagi membantu calon BN-UMNO untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Muzahar, beberapa kerusi DUN yang lain juga masih dalam perbincangan akhir di antara pimpinan utama parti.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi PRN melibatkan Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang diadakan serentak pada 12 Ogos depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memberitahu, tarikh 29 Julai merupakan hari penamaan calon manakala hari pengundian awal adalah pada 8 Ogos depan.

Abdul Ghani dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan hari mengundi PRK P036 Kuala Terengganu diadakan serentak dengan PRN pada 12 Ogos ini.

Katanya, penamaan calon bagi Parlimen berkenaan juga ditetapkan pada 29 Julai.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo