NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Kuala Terengganu serentak dengan PRN

story-image
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dijalankan serentak dengan pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu turut diadakan serentak dengan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan iaitu masing-masing pada 29 Julai dan 8 Ogos.

Dia berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR Putrajaya bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK berkenaan.

Mesyuarat itu diadakan susulan suruhanjaya menerima laporan hakim pilihan raya sebagaimana diperuntukkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkenaan keputusan mahkamah membatalkan pilihan raya bagi bahagian Kuala Terengganu pada 19 Nov lepas.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan Ahmad Amzad Hashim yang mewakili PAS di Parlimen Kuala Terengganu pada PRU ke-15 selepas pempetisyen, iaitu calon BN Mohd Zubir Embong, berjaya membuktikan perbuatan rasuah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi.

Pada 8 Julai lepas, PAS memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo