NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis tahan Sanusi untuk pastikan beliau hadir ke mahkamah – KPN

PETALING JAYA : Penahanan yang dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor awal pagi tadi adalah bagi memastikan beliau hadir ke mahkamah bagi mendengar pertuduhan yang dihadapinya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan, pihaknya telah mendapat arahan pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya terhadap Sanusi semalam sebelum meminta bantuan polis Kedah memaklumkan perkara itu kepada beliau. 

Namun, beliau berkata, Muhammad Sanusi disahkan tiada di Kedah sebaliknya berada di Kuala Lumpur dan akan hadir temubual di sebuah stesen television.

“Pihak kita cuba menghubungi beliau termasuk setiausaha dan pegawai medianya namun tiada maklum balas. 

“Selepas itu, kita (polis) mendapat maklumat beliau berada di kawasan Mount Kiara kira-kira pukul 2.30 pagi dan di situ kita tahan bagi menentukan beliau hadir ke mahkamah bagi menhadapi dua pertuduhan terhadapnya,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Razarudin menegaskan, pertuduhan yang dilbuat terhadap Muhammad Sanusi adalah dalam tempoh yang singkat memandangkan kecenderungan mendatangkan kebencian dan membangkitkan tidak setia kepada raja.

Malah, jelas beliau, sebanyak 58 laporan polis telah diterima PDRM yang mana salah satunya dibuat oleh Ahli Dewan Diraja Selangor terhadap kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan Muhammad Sanusi.

“Pertuduhan yang dilakukan terhadap Sanusi terkait dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong mengenai kerajaan perpaduan dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai pemilihan Menteri Besar Selangor.

“Berbeza dengan kenyataan dikeluarkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang tidak menyentuh Institusi Diraja. 

“Kecederungan kes ini jelas menghina dan membangkitkan kemarahan terhadap Institusi Diraja dan menyebakan tindakan diambil,” jelasnya.

Dalam pada itu, Razarudin menegaskan, siasatan membabitkan Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 adalah satu kesalahan yang lazimnya membolehkan tangkapan dilakukan. 

“Kalau tanya saya, bila-bila sahaja kita boleh tangkap. Kita ada pertimbangan kita. Kalau kita rasa beliau tidak hadir ke mahkamah, itu sebabnya kita tahan,” jelasnya

Dalam perkembangan berasingan, Razarudin mengesahkan siasatan menbabitkan Guan Eng dan Abdul Hadi telah 70 peratus dilengkapkan dan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam.

“Ada lagi beberapa maklumat dan data forensik yang kita perlukan dan disebabkan itu siasatan kita masih teruskan,” katanya.

Menurut beliau lagi, tindakan pertuduhan hari ini menunjukkan ketegasan PDRM dalam isu membabitkan 3R terutama melibatkan institusi diraja . –UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo