NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN Pulau Pinang pertaruh semula tiga bekas ADUN

Zulkifli (kiri), Khalib Mehtab (tengah) dan Yusni (kanan) dipertaruhkan semula dalam PRN Pulau Pinang bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU14 lalu.


KEPALA BATAS - Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang yang sebelum ini menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 sekali lagi dipertaruhkan bagi mempertahankan kerusi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos depan.

Mereka terdiri daripada penyandang kerusi DUN Penaga, Mohd Yusni Mat Piah dari Pas, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh) yang kedua-duanya daripada daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pengumuman calon itu dibuat Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada majlis yang diadakan di Markas Pas Pulau Pinang di Pongsu Seribu, di sini pada Rabu.

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau.

Turut dicalonkan pada PRN Pulau Pinang kali ini, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff yang akan bertanding di DUN Sungai Dua, Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong akan bertanding di DUN Pantai Jerejak dan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pulau Pinang, Zulkifli Bakar pula akan bertanding di DUN Penanti.

Dalam senarai yang diedarkan kepada media, nama Dominic dicalonkan bagi kerusi DUN Bayan Lepas namun ketika pengumuman dibuat, Dr Ronald tidak menyebut butiran berkenaan.

Turut ditampilkan pada PRN kali ini, Ketua Armada Bersatu Bahagian Permatang Pauh, Izhar Shah Arif Shah yang akan bertanding di DUN Seberang Jaya.

Izhar Shah merupakan anak kepada bekas ADUN Seberang Jaya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah yang menyandang kerusi berkenaan selama dua penggal dari 2004 hingga 2013.

Gerakan menampilkan seramai 19 calon muka baharu dan lama pada PRN Pulau Pinang dan Bersatu pula meletakkan seramai 11 calon manakala Pas pula mempertaruhkan 10 orang wakil termasuk tiga calon daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Senarai calon DUN Pulau Pinang adalah:

1. Penaga: Yusni Mat Piah

2. Bertam: Khaliq Mehtab Mohd Ishaq

3. Pinang Tunggal: Bukhori Ghazali

4. Permatang Berangan: Sobri Salleh

5. Sungai Dua: Fauzi Yusof

6. Telok Ayer Tawar: Azmi Alang

7. Sungai Puyu: Teoh Chin Siang

8. Bagan Jermal: Ong Chuan Jin

9. Bagan Dalam: K Jayaraman

10. Seberang Jaya: Izar Shah Ariff Shah

11. Permatang Pasir: Amir Hamzah

12. Penanti: Zulkifli Bakar

13. Berapit: Lee Kok Keong

14. Machang Bubok: Tan Hon Wei

15. Padang Lalang: D Suresh

16: Perai: R Sivasuntharam

17: Bukit Tengah: Baljit Singh

18: Bukit Tambun: Hon Jia Wei

19. Jawi: Khaw Thian Yew

20. Sungai Bakap: Zamri Latiff

21. Sungai Acheh: Zulkifli Ibrahim

22. Tanjung Bungah: Hng Chee Wey

23. Air Putih: Kong Cheng An

24: Kebun Bunga: Tan Sen Zun

25: Pulau Tikus: Tan Chin Shen

26: Padang Kota: Hng Koon Leng

27: Pengkalan Kota: S Suthakaran

28: Komtar: Chiah Kim Hut

29: Dato Keramat: Heng See Lin

30: Sungai Pinang: Ng Fook On

31: Batu Lanchang: Aswad Jaafar

32: Seri Delima: Mohan Apparow

33: Air Itam: Chiang Chee Gooi

34: Paya Terubong: Ooi Ghee On

35: Batu Uban: Mok Kok On

36: Pantai Jerejak: Oh Tong Keong

37: Batu Maung: Azahari Aris

38: Pulau Betong: Shukur Zakaria

39: Teluk Bahang: Mohamad Kassim

40: Bayan Lepas: Dr Dominic Lau


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo